Wednesday, April 21, 2010

Semalam Kembali Datang...




Diriku hanyalah insan biasa yang tidak lekang drp melakukan kesalahan dan kesilapan seperti insan lain. Pada pagi yg hening nan indah aku mengamati ciptaan dan keagungan Allah Taala.

Pada pagi yg hening ini, kelasku gamat dgn tepukan gemuruh apabila Sofea diumumlan berjaya mewakili sekolah dan berjaya mengalahkan aku. Diriku hanya mampu tersenyum sinis. Senyuman sofea bagai mengejek-ejek diriku. Aku tunduk. Tanpa aku sedari,air jernih gugur di pipiku. Geram bercampur malu menusuk ke hatiku.

Keesokan harinya, Sofea menghampiriku dgn senyuman yang mempesonakan dan mampu menarik minat ramai lelaki. Aku tarik muka masam. Sofea senyum lagi. Aku tidak tahu kenapa aku harus mendera Sofea begitu sekali. Apa salah Sofea terhadapku?????. Sofea memegang tanganku. Di matanya ada sinar lembut. Sofea menarik tanganku untuk ke padang. Aku menepis tangan Sofea dgn kasar. Aku berlari ke kelas, meninggalkan Sofea termanggu2. Dari jauh aku lihat Sofea masih tercegat. Tiba2 aku terasa berdosa, berdosa terhadap Sofea yg terlalu baik padaku. Sinar matanya membayangkan isi hatinya yg jujur. Aku tidak tahu mengapa aku begitu kejam terhadap Sofea.

Pulang dari sekolah, aku termenung di jendela sambil memikirkan ttg kekuasaan dan kebesaran Allah Taala. Allah Maha Mengetahui apa yg tersurat dan tersirat di dalam hati hambanya. Aku melepaskan pandangan ke Laut China Selatan. Bayu lembut mendinginkan hatiku yg membara. Tiba2 bayangan Sofea muncul di hadapanku.

Sofea seorang gadis sederhana. Perangainya lembut,sopan santun, malah juga disayangi oleh rakan2 dan juga guru2. Matanya y galak mengingatkan aku pd seseorang. Aku cuba bandingkan Sofea dgnku. Sofea peramah, periang, dan bersifat terbuka, tidak seperti aku yg degil, keras kepala, dan sukar menerima nasihat orang. Perangaiku kasar, tidak seperti Sofea yang lembut. Aku dan Sofea jauh sekali bezanya, seperti langit dan bumi.

Keesokan harinya, hatiku berasa gemuruh, gementar dan tidak tenteram seperti sesuatu bakal berlaku. Malah, jantungku berdegup kencang dan berdebar-debar. Tidak lama kemudian, rakannya Shafiqah bergegas ke arahku yg berada berhampiran perpustakaan. Aku mula berfikir kenapa Shafiqah begitu tergesa2. Dengan nafas yang tersekat2 Shafiqah menghampiriku. Aku bertanya, "Apakah sebenarnya yg berlaku?". Aku juga menyuruh Shafiqah bertenang dahulu. Shafiqah memberitahuku bahawa Sofea mengalami kemalangan yg teruk. Kereta yg dipandu oleh ayahnya telah bertembung dgn sebuah lori. Aku terdiam seketika. Tidak tahu berbuat apa-apa dan hanya mampu berdoa agar Sofea Selamat. Namun ajal Sofea lebih awal drpku, Sofea bertemu Allah Yang Maha Agung utk selama-lamanya. Aku tidak mapu berbuat apa-apa kpd Sofea, namun aku sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

Diriku berasa bersalah, terampunkah dosaku terhadap Sofea?..Kenapa aku begitu kejam sehingga tergamak melakukan kezaliman terhadap insan yg menyayangi diriku?..Oh Tuhan, berikanlah petunjuk dan hidayah kpdku serta bukakanlah pintu hatiku utk menerima kebenaran. Ya Allah, ampunilah dosa rakanku Sofea yg selama ini telah membuka hatiku utk menerima kebenaran, sambil menangis teresak2 terhadap ILLAHI...

p/s: hargailah pengorbanan org lain terhadap kita, jgn terlalu sombong,ego,angkuh,etc...penyesalan tiada kesudahannya!!

No comments:

Post a Comment