Friday, October 8, 2010

bila diri diuji..jgn m'hrpkan apa yg bkan milik kita...

kita x terlepas drp diuji olehnya meskipun amat pahit utk kita terima dlm kehidupan kita,sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya....x perlulah kita m'harapkan apa yg bukan milik kita,kerana iaNya milik sepenuhnya...tiba kita akan pg jua utk mengadap Illahi yang Maha Agung....Ya Allah,berikanlah aku kekuatan utk menghaapi dugaanMu ini walaupun amat berat utk aku terima...
Ya Allah, aku merintih padaMu...sesungguhnya hanya Engkau mendengar rintihanku ini dalam senang dan susah...aku mengharapkan keredhaanMu n restuMu serta limpah rahmatMu dalam kehidupan ku...
Janganlah lebihkan cintaku pada org lain melainkan hanya padaMu Ya Allah..Ya Allah,kurniakanlah suami yg akan m'bimbingku di dunia dah akhirat...andai dia terbaik utk ku,tetapkanlah hatinya ngan hatiku...andai dia bukan milikku,damaikanlah hatiku ngan ketentuanMu...

Saturday, July 3, 2010

Boys Over Flowers OST - Starlight Tears by Kim Yu Kyung with Hangul Roma...

info...info...info

  • tahu kah kamu, purata setiap manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam. Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
  • terdapat banyak spesies labah2 yg sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yg baru menetas. Langkah itu adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu drp memakan sesama sendiri.
  • pelik tapi benar!!..bahan buangan (najis) drp seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yg cukup utk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama 5 jam.
  • jutawan microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika Syarikat. Rumah yg menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yg dikhendaki dlm rumah dgn menggunakan sejenis pin khas yg hanya dilekatkan di kocek baju.
  • anugerah oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margeret Harrick, Pengarah Ekskutif Academy of Motion Picture Arts and Science USA, mendapati ukiran patung manusia itu mempunyai rupa yg seiras dgn bapa saudaranya, Oscar.
  • Taj Mahal merupakan salah satu binaan yg terkenal di dunia yg dibina semata2 bg mengabadikan sebuah cinta yg suci seorang suami terhadap isterinya. Taj Mahal yg terletak di Agra,Uttar Pradesh, India adalah sebuah monumen peninggalan Kerajaan Moghul. Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih berkilauan. Mengikut sejarah, di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat mencintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yg mengambil masa sehingga 20 tahun itu berjaya disiapkan pd 1653. Pembinaan juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.
  • mungkin ramai yg tidak sedar huruf yg paling kerap digunakan dlm bahasa inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yg paling kurang digunakan.

  • tahu kah kamu dgn hanya menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh menbantu mengurangkan berat badan. kalau tak percaya,cubalah.

Friday, June 11, 2010

Cinta dalam Persahabatan

Apabila berbicara tentang cinta, ramai memberikan skop kecil mengenainya. Sudah tentu terlintas di hati masing2 mengenai hubungan antara lelaki dan perempuan. Tetapi, tidakkah terlintas di hati kamu bahawa dalam persahabatan juga wujudnya cinta yg menjadikan hubungan tersebut berkekalan hingga ke akhirnya. Sahabat dan kawan mempunyai maksud lebih mencintai sahabatnya. Manakala kawan pula sekadar rakan ketika bersantai dan sebagainya. Mari baca apakah makna cinta dalam prsahabatan yang sebenarnya.

1. CINTA menyebabkan seseorang sentiasa bersyukur ke hadrat Ilahi dengan menghargai sahabatnya dan menjaga hubungan persahabatan itu sebaik-baiknya kerana Allah telah menganugerahkan kepada kamu seorang insan yang begitu berharga dalam hidup kamu.

2. CINTA yang tulus dalam persahabatan tidak akan mati. Menerima sahabat seadanya memerlukan perasaan yang jitu kerana kamu perlu belajar menepikan perasaan dan kepentingan diri sendiri utk menerima keburukan seseorang. Setiap manusia tidaklah sempurna. Oleh itu, seburuk mana pun sahabat kamu, terimalah mereka seadanya. Itulah yang akan kekal selamanya.

3. CINTA tidak meminta apa-apa walau ucapan terima kasih sekalipun. Oleh sebab rasa cinta, tidak mustahil rakan kamu sanggup menjaga kamu dari dikasari, atau dicederakan oleh sesiapa sahaja walaupun mereka mengalami kecederaan asalkan kamu selamat.

4. Seorang sahabat yang sejati sanggup berkorban untuk sahabatnya yg lain kerana cinta yg mendalam dlm hubungan persahabatan tersebut. Berkorban dari segi tenaga, masa dan wang ringgit tidak menjadi masalah bagi seseorang yang bernama sahabat sejati.

5. CINTA dlm persahabatan juga boleh menjadi pemangkin untuk sahabatnya menjadi seorang yg lebih berjaya. Ini disebabkan sahabat boleh menjadi pemacu semangat yg tinggi, apatah lagi jika kamu berdua mempunyai cita2 yang sama.

Cinta telah menjadi penyebab Islamnya seorang teman. Seperti kisah sahabat Rasuluallah s.a.w, Khalifah Umar Al-Khattab di mana beliau sanggup memberikan bantuan pada saudara bukan Islam, 'iyash ketika dalam kesusahan. Setiap hari beliau mengutuskan surat yang mengandungi ayat suci Al-Qur'an kepada 'iyash sehingga beliau terharu lalu memeluk Islam.

Ku Ada Kamu....

Di kala ku kehilangan
di dalam kegelapan
kau suluhkan sinar petunjuk
di kala ku kesedihan
kau ukirkan senyuman
dengan penuh sabar memujuk
engkau menyambut
tiap kali aku terjatuh
andai hari esok langit akan runtuh
tabahlah menjunjung bersamaku
andai hari esok dunia gelora
takkan ku gemuruh
selagi ku ada kamu
di kala aku tak pasti
kau tampil dengan berani
membimbing agar lebih yakin
dan bila hidup penuh soalan
kau berikan jawapan
melengkap semua kekurangan

Tuesday, June 8, 2010

sekolahku kenanganku...

wah,lme tol x update blog..tbe2 lak nok berbloging~hehehe...memoriku mengimbau zaman persekolahan dulu,sekolah rendahku...byk tol memory tersimpan kat sklah nie..aku btol2 rindukan skolah nie,aku sndiri pun xtaw...maybe ade kenangan manis+pahit,etc...nak citer start darjah 1 sampai darjah mmg x larat,tp coretan2 suda...aku mmg rindukan kawan2,byk kenangan kteorg...bleh mandi air terjun same2,bleh gak aku merasa pengalaman lemas cam ner~hehehe...hakikatnye aku mmg takut air,takut lemas,nak berenang lg la takut~kui3...tp kalu jpe pantai kew,air terjun kew,pape2 kew,nak2 jew terjun ngan automatik tp kne ingat aku x pndai berenang..mne x nye,ade pelampung pun blh lemas,huh,dashyat3...spesies ape la aku nie,baka takut air =)))


mse sklah rendah dulu,aku ske maen sukan...favourite lari berganti2,jd juara 2 ( bukan nak nunjuk2 k,sekadar nak share jew)...tup2,msuk skolah menengah xdek pulak acara nie,mmg frust menongeng...msuk u plak,msuk la badminton...mmg best glew2 maen badminton,bleh dikatekan sbg hobi mse lapang...mse kat sklh dulu,aku msuk nasyid...nak dipendekkn citer,ckgu lak wat pemilihan calon nak jd solo...malu tahap cipan ble nyanyi depan ckgu,last2 xleh jd solo coz mmg aku pemalu...kalu malu,ngan tbe2 mke aku bertukar menjd merah~hehehe...xleh johan pun xpelah,kenangan cukup indah bgku...hah,1 lg...pengalaman aku ble 1st disolek oleh ckgu aku,mse nak pakai eyeliner,pnyer la ditekan2 mata aku,adosss...spt mataku disiat2~lalalala...kat skolah dulu gak aku jd penari sklah,mse mmg x mature lg,bleh la nak menari pun...no hal la,mse 2 x malu lg...emmm,lagu mayang ulik kot..x ingat tajuk lagu 2...kne lentok la ckit badan n tangan nie hah..ade org kte lagu nie berhantu...nape ek????ish,mcm2 la...kepercayaan moyang dlu kot (agak jew)...


plg best,berkhemah...mmg b'khemah best...bleh berdikari,masak sendiri...yg pntg,ade jew resepi 'baru',sedap gak...maklum la,ala2 maen pondok2...aku mmg ske aktiviti adventure,b'khemah kew....jungle trekking kew..pape2 lah,asalkan ade cabaran...berkayak pun best gak,emmm,bleh diktekan sume best la,bantai sume...citer sal kawan2 la plak,kawan2 mmg baek sgt3...sporting glew,siap maen kejar2 lg,mse 2 budak2 ktekan...tp skrg ade msh contact,ade yg dah lost contact,dah bawak haluan msg2...

Wednesday, May 19, 2010

Doa seorang kekasih....

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dgn hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..


Ya Allah..
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani..
Seringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yg sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh daripada ingatanku..
& Peliharalah aku dari kekecewaan..


Ya Allah..
Ya Tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
menolak bayangannya jauh ke dada langit..
hilang bersama senja yang merah..
agarku sentiasa tenang..
walaupun tanpa bersama dengannnya..



Ya Allah..
pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu..
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..
segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..


Ya Allah..
cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
di dunia dan akhirat..
dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini..
jangan Engaku biarkan aku sendirian..
di dunia ini mahupun di akhirat..
menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran..
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
agar aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup..
ke jalan yang Engkau redhai..
dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh & solehah..


Ya Allah..
berikanlah kami kebahagiaan di dunia & akhirat..
dan peliharalah kami dari azab api neraka..
Amin..Amin..Ya rabbal 'aalamin..

Tuesday, May 18, 2010

Aku wanita biasa...

aku ini wanita biasa
bisa sakit
luka kerana cinta
dingin sepi kerap menyapa
air mata jatuh
lukisan raga
kadang ku kuat
setegar karang
kadang ku rapuh
lemah liar merana
maafkan aku
bila hasratku keliru
sulut gairah jiwaku
ku yang dosakan cinta
kekasih hatiku

*best la plak dgr lagu nie- ade mkne yg tersirat n tersurat #layan#*

Saturday, May 8, 2010

JAM TANGAN lambang kelelakian..


Selain berperanan sbg penunjuk waktu, jam tangan jg sebenarnya blh bertindak sbg gambaran keperibadian si pemakainya. Misalnya, lelaki yg memilih 'sportwatch' semestinya seseorang yg gemarkan gaya kasual & sportif. Manakala mereka yg memilih jam tgn mewah & berjenama pula sudah semestinya terdiri drp lelaki yg sentiasa tampil kemas & bergaya.Dlm pada itu,warna jam tgn jg boleh bertindak sbg lambang kelelakian. Jd, sebaiknya pililah jam tgn yg berwarna hitam kerana ia akan membuatkan kamu kelihatan lebih macho.

kenali madu berkhasiat


  • berwarna gelap spt coklat kehitam-hitaman.
  • tidak di campur dgn madu2 jenis lain.
  • tidak mengandungi gula tambahan.
  • tidak dikerumuni semut.

Lelaki gagal kawal TEKANAN.

Merokok yg sering dikaitkan dgn lelaki, sbnarnya m'gambarkan sikap mereka yg gagal mengawal tekanan. Pd mereka apabila menyedut asap rokok, segala tekanan akan dpt dihilangkan. Tension dgn kerja, krisis kewangan & sbgnya adlh antara alasan yg sering diguna oleh lelaki yg merokok. Manakala wanita pula dilihat lbh bijak menangani masalah mereka berbanding lelaki. Masalah spt kewangan, kematian saudara terdekat, pencarian, putus cinta & sbgnya akan ditangani dgn tabah oleh wanita. Jd kp remaja di luar sana tanganilah segala permasalahan kamu dgn sebaiknya.

Makanan ringan jejas penglihatan


Makanan ringan sering menjadi hidangan di waktu santai....,ttp tahu kah pengambilan makanan ringan berterusan blh menjejaskan kesihatan. Sekumpulan pengkaji dari Amerika Syarikat misalnya tlh mengumumkan penemuan mereka ttg kesan makanan ringan terhadap penglihatan. Penemuan ini jg adalah yg pertama mengatakan bahawa adanya kaitan antara pola pemakanan dgn gangguan penglihatan. Apa yg ditunjukkan menerusi penemuan ini ialah ada jenis2 lemak tertentu yg terkandung dlm makanan ringan tersebut x baik utk penglihatan.

KOPI & COKLAT cegah kanser?

Berita baik utk penghidap kanser! Berdasarkan laporan yg dimuatkan dlm juranl Journal of Biological Chemistry pengkaji dari Universiti London College sdg giat melakukan kajian terhadap kopi & coklat yg dipercayai blh melawan penyakit kanser & jantung. Beberapa uji kaji secara genetik yg dilakukan mendapati kandungan kafein & theofilin yg terdapat dlm kopi & coklat menghasilkan biokimia pntg bg melawan penyakit kanser & jantung. Menurut Prof. Peter Shepherd seiring dgn peningkatan kaedah rawatan mencegah kanser, x mustahil kajian ini jg bakal membuahkan hasil. Bgaimanapun Prof. Peter Shepherd mengingatkan org ramai agar x mengambil kafein & coklat berlebihan kerana ia memberikan kesan sampingan terhadap tubuh. Jd langkah seterusnya yg perlu dilakukan ialah, kajian ini perlu dilakukan dgn lbh terperinci.

Khasiat air kelapa muda

Selain rasanya yg enak & menyegarkan, air kelapa muda juga sbnarnya baik utk penghidap penyakit jantung. Berdasarkan kajian yg dilakukan, sekiranya seseorang tersebut menjadikan minum air kelapa muda sbg rutin hariannya ia mungkin blh mengurangkan risiko terjadinya komplikasi jantung. Kajian yg dilakukan oleh Universiti Kerala,India terhadap tikus mendapati daya tahan tikus tersebut meningkat setelah minum air kelapa muda. Dr. T Rajamohan & Dr. P Anurag yg dilakukan kajian ini percaya air kelapa muda blh membantu penghidap penyakit jantung kerana air kelapa muda mengandungi potasium, kalsium dan magnesium.

Wednesday, May 5, 2010

Psikologi- 14 tips tingkatkan harga diri.

Harga diri merujuk kpd penilaian subjektif seseorang ttg dirinya sbg positif/negatif. Dlm kata lain, ia bermakna bgaimana kamu memandg diri kamu. Jika kamu berfikir kamu adlh yg bijak, rajin, gembira, yakin, berkebolehan & blh berinteraksi dgn org lain tanpa apa2 hambatan, kamu blh disifatkan sbg seorang mempunyai imej diri yg sihat/positif, iaitu, kamu adalah seorang insan yg menpunyai harga diri yg tinggi. Pandangan serta tanggapan kita mengenai diri kita mempunyai kesan yg amat kuat terhadap cara kita memperlakukan diri sendiri & org lain & juga plihan yg kita buat.

1. habiskan sdkit masa dgn org yg menyukai & menyayangi diri sendiri. ksh syg & perhatian yg diberikan mampu membuatkn kamu yakin utk mengharungi segala masalah & rintangan dlm hidup.

2. stiap hari buat 1 pernyataan mengenai diri kamu. sbg cnth,"sy adlh seorang yg mdh disygi & penyayang" merupakan 1 mesej yg blh memajukan 1 imej diri yg positif & sihat.

3. ucpn trima kasih kpd org. jgn lupa memuji org jika diberi bantuan/kerjasama akn menmbahkan harga diri kamu apabila kamu menyedari org lain menghargai rasa terhutang budi kamu.

4. jgn hiraukan sama sekali mesej2 negatif yg sampai di telingamu krn ini akan merosakkan hati. sentiasalah berfikiran positif dlm apa jua perkara.

5. tgkatkan imej dgm membuat kbajikan spt melakukan kerja2 amal, membantu kanak2 malang/apa shj. jika kamu merasa gembira perasaan ini blh menambahkan imej kamu.

6. melahirkan pndangan serta perasaan kamu tanpa ketakutan. menyatakan dgn tegas hak kamu utk membuat kptusan sndiri menunjukkan kamu sbg seorang yg pntg.

7. jgn lupa utk melakukan aktiviti senaman. ini blh meningkatkan daya kesihatanmu.

8. beri perhatian kpd rupa diri kamu. pakai baju yg kemas & bersih setiap hari. penampilan yg kemas akan membuatkan kamu merasa yakin & gembira.

9. hiraukan org yg suka mengkritik kamu/membidas kamu krn mereka ini mempunyai harga diri yg rendah & sikap negatif.

10. libatkn diri dlm projek yg blh m'gembirakan hati kamu, ttp lakukan ia mengikut kemampuan kamu.

11. buat pilihan hidup sndiri & jgn membiarkan org lain mempengaruhi kamu.

12. tgkatkan hubungan dgn Allah S.W.T & sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan & bimbingan. tmbahkan pemahaman ttg agama, khususnya fikah wanita.

13. rajin meminta nasihat & doa drp org2 yg beriman.

14. jgn putus beramal soleh & jgn pernah putus harapan terhadap rahmat Allah.

15 sebab turunnya bala

Mengapa manusia ditimpa bencana? Dlm sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tirmizi drp Ali bin Abu TaLIB, Rasulullah S.A.W bersabda yg bermksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yg dirampas (drp peperangan) diagih2kan kpd org2 tertentu shj.

2. Apabila zakat dikeluarkn krn penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yg diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak2 menderhakai ibu bapa msg2.

6. Apabila seseorang lbh memuliakan teman drp ibu bapa sndiri.

7. Apabila kdgran byk bunyi bising.

8. Apabila lbh ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dlm masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu berdiri drp org yg dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang krn takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat muzik.

15. Apabila org yg terkemudian menghina org terdahulu, maka pd saat itu tunggulah bala yg akan menimpa dlm bntuk angin merah (puting beliung) @ gerak gempa yang dahsyat @ tanaman yg tidak menjadi.

Tuesday, May 4, 2010

Siapakah lelaki soleh?


Lelaki soleh dpt didefinisikan sbg seorg lelaki muslim yg beriman, bersih dari segi zahir dan batinnya. Lelaki soleh jg sentiasa mementgkan pengambilan makanan yg bersih lg halal serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dr perkara2 yg akan mendorong ke arah maksiat. Lelaki soleh jg ialah seorg yg sentiasa taat kpd Allah S.W.T & Rasul walau bila & di mana shj mereka berada. Kesolehan & keimanan seseorang x dpt dilihat & diukur dai luaran semata2 kerana ianya adlh berkait rapat dgn akidah, keyakinan & ketaatan.

Wednesday, April 28, 2010

Karektor warna dlm hidup!

Definisi warna...

Merah bertenaga
#merah sering dikaitkan dgn tenaga & semangat..merah mampu meningkatkn reaksi emosi n ghairah idup..jd perlu elakkn dari m'gunakn warna merah terang di blik tidur.

Oren itu ceria
#mampu membawa keceriaan, humor & rasa tenang..gnakn warna ini utk meningkatkn mentaliti kamu..oren m'jdkn perckpn yg lahir dari mulut lbh menarik & membuahkn kreativiti.

Kuning menyamankan
#warna kuning lbh byk dikaitkn dgn kekuatn mental & rasa percaya diri..warna ini dpt m'aktifkan otak & sesuai digunakn utk ruang belajar..ttp jika terlalu byk warna kuning, akn berasa sulit utk berehat..skiranya ingin m'pamerkn warna kuning di kamar tidur, gunakanlah warna kuning itu sekadar warna sentuhan shj & bknnya sbg warna dominan.

Hijau menyakinkan
#hijau adlh warna alam yg utama..warna ini diklasifikasikn sbg warna yg nyaman, tenang & rileks..hijau akn menciptakn ruang yg tenang & damai..hijau adlh warna yg plg sesuai utk dipamerkn pd kamar mahupun ruang santai di rumah.

Biru langit memberikn konsentrasi
#warna biru langit akan m'bantu kamu berkonsentrasi & m'fokuskn diri pd pekerjaan/tugasan..kte akn ttp berasa tenang walau dlm apa jua keadaan sekalipun..sgt sesuai digunakn utk ruang penyembuhan yg mmpu memberikn ktenangan.

ungu berdedikasi
#ungu adlh warna fokus & dedikasi..sering dikaitkn dgn idealisme yg tggi..mmpu membantu m'gembangkn kreativiti kamu.

merah-->bersemangat, bercita2 tggi & bertenaga
merah muda-->hangat, romantik, mdh simpati & mdh memahami
kuning-->aktif & bijak berkomunikasi
hijau-->berhati2 & sensitif
biru muda-->kreatif, berfikiran tajam & penuh imaginasi
biru tua-->cergas, b'tjwb, & bijak membuat keputusan
ungu-->peka & selalu ingin m'dptkn yg terbaik
coklat-->jujur & bersifat pecinta alam
hitam-->memiliki kemahuan yg kuat, bersifat lbh terbuka & berdisiplin
putih-->penuh perhatian & sukakn kedamaian


Ingin privacy
sekiranya inginkn waktu 'privacy'/ingin menyembunyikn perasaan sebenar dri di kala itu, biasanya warna yg digunakn adlh pakaian yg berwarna gelap..warna sebegini sesuai dipakai ketika sdg berkabung, baru putus cinta/sekadar ingin bersendiri.

Meningkatkn semangat
pakaian berwarna merah biasanya mmpu menimbulkan rasa percaya & yakin diri di smpg membuatkn berasa nyaman..jika berada di dlm keadaan yg agak muram, jgn kenakn pakaian yg membuatkn diri tampil kusam & x bersinar,krna warna-warna itu akan semakin diri kelihatan x menarik.

Jatuh cinta
jatuh cinta adlh saat di mana kulit berwarna cerah & sihat..diri pasti berasa ceria pd ketika itu..warna merah muda yg lembut, oren muda keemasan & warna2 hangat yg lainnya akn mengekspresikn perasaan tersbt..jd,kalau ingn mengubah hidup & ingn menunjukkn suasana hati, cuba warna2 yg disbtkn td..

Inspirasi warna pakaian
warna baju yg pkai mmpu mempengaruhi perasaan & kshtn..cthnya,kalau memakai t-shirt yg berwarna oren, itu bermakna kamu sdg berusaha utk menambah tenaga & kekuatan diri kamu sendiri..berikut adlh antara warna2 yg blh pakai utk menunjukkn apa yg kamu sdg rasa ketika itu:
_________________________________________
kalau anda merasa.........................warna dipakai
_________________________________________
x senang diperhatikan.................... merah
lelah & krg bertenaga..................... merah
menarik & bersemangat.................merah
depresi...............................................oren
sakit di bhagian sendi...................... oren
perlu rasa yakin pd diri...................kuning
perlu berinteraksi............................kuning
perlu berfikir secara mendalam.....hijau
perlu mengambil kputusan.............hijau
perlu menenangkn fikiran...............biru
terlalu penat berfikir........................biru
ingin bersantai & berehat................ungu lavender


Tahukah kamu?


Lelaki blh membaca tulisan yg kecil berbanding wanita, manakala wanita mempunyai pendengaran yg lbh tajam berbanding lelaki.

Lelaki plg tinggi prnah dikenal pasti ialah Robert Wadlow yg mempunyai ketiggian 8 kaki 11 inci serta memiliki berat 491 paun & tlh meninggal dunia pd tahun 1941 dlm usia 22 tahun.

Secara purata, seorang lelaki akan berkelip matanya sbyk 6,205,000 kali setiap tahun, manakala wanita bekelip 2x ganda lebih dari lelaki.

Thursday, April 22, 2010

bongkar misteri tarikh lahir menggunakan kaedah metafizik

kod asas: 1

~Kekuatan~
Dilahirkan utk menjadi seorang pemimpin..memiliki byk daya tarikan drp jantina yg berlainan..memiliki kebijaksaan..mempunyai kuasa analisa yg kuat..yg akan m'jdkan individu berilmu..seoarng yg sgt teliti dlm semua perkara..sgt kreatif & sgt peka..sekiranya skp kreatif ini digunakan sepenuhnya @ diaktifkan, kekayaan sdg menunggu individu ini.

~Kelemahan~
individu ini selalu mementgkan dri sndri,x mdh menerima kritikan..sukar menerima idea @ pndgan org lain..oleh itu, kebiasaannya individu ini adlh pemimpin @ bos2..bkerja sndri adlh plihan yg terbaik.

Perkara yg perlu dipelajari:
1. Sedia menerima idea & pndpt dr org lain yg mgkin baik/lbh baik.
2. Berfikirlah secara terbuka.
3. Berdiplomasi apabila diperlukan.

Kod asas: 2

~Kekuatan~
seorang yg mahir & mpunyai personaliti yg menarik..sentiasa tenang dlm apa jua keadaan..seorg yg peramah & mementingkan kebersihan..sgt rajin & matang dlm pemikiran..lembut hati & peka terhadap keperluan org lain..biasanya mdh bergaul dgn golongan yg tua drpnya..skiranya dberi tgasan,individu ini mempunyai kblehan utk melaksanakannya dgn tepat.

~Kelemahan~
x percaya di atas kbolehan diri sndiri, walaupun org lain percaya pd mereka..mdgr nasihat yg diberikan,ttp bkemungkinan x mengikutinya..seorg yg sgt degil..sentiasa mengutamakan org lain melebihi diri sendiri.

Perkara yg perlu dipelajari:
1. Peracyalah kebolehan diri sendiri.
2. Tingkatkn an keyakinan diri (self-esteem).
3. Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anada buat begitu.

Kod asas: 3

~Kekuatan~
seorang yg serba boleh @ dlm english - "all-rounder"..idealistik,aktif,n berpandangan jauh..seorang yg tahu & faham apa yg dia kehendaki..berkebolehan utk membezakan sesuatu yg baik @ x baik..seorg yg berbakat dlm apa jua bdg yg dipilihnya..blh menjadi kaya & berharta,sekiranya berusaha dgn bersungguh2..suka berterus terang..mdh meng'ekspesi' pndgan terhadap sesuatu perkara.

~Kelemahan~
individu yg blh menjadi terlalu agresif..x penyabar & cepat panas baran..kebiasaannya beliau mdh sesuatu perkara & x tegas (x munasabah)..kdg kala pula seorang yg nakal..jg,seorang yg 'laser'..jika tidak berhati2 dgn kata2, blh menyebabkan keretakan dlm sesuatu perhbungan.

Perkara yg perlu dipelajari:
1. Perlu belajar utk melihat sesuatu dgn lebih realistik.
2. Cuba m'habiskan sesuatu yg tlh anda mulakan.
3. Fikir dahulu sblm meluahkan sesuatu.

Kod asas: 4

~Kekuatan~
individu yg suka belajar,tekun bekerja,mampu bersabar & sentiasa mempunyai perancangan..berbakat seni & selalu berjaya dlm peperiksaan..seorang yg blh dipercayai & mdh menyesuaikan diri dgn masyarakat..mdh bersimpati & berkarisma..peramah,suka mengembara & memiliki suatu kehidupan yg sentiasa ceria..mdh bangkit dri sesuatu kegagalan..

~Kelemahan~
x suka meluahkan perasaan x puas hati dlm sesuatu perkara..suka simpan sndri & terlalu menitikberatkan perkara2 temeh sehingga x melihat secara keseluruhan sesuatu perkara..perlu berhati2 dlm perhubungan & perkahwinan..

Apa yg perlu dipelajari:
1. Harus belajar lbh fleksibel & mengambil kira pandangan org lain.
2. Bersikap & berfikiran lebih terbuka.
3. Berterus teranglah dlm sesuatu perkara.

Kod asas: 5

~Kekuatan~
dilahirkan bersikap kepimpinan yg kuat..suka mengambil risiko..suka mencuba perkara2 yg baru..berkarisma & blh memimpin..kebiasaannya memegang jwatn yg tggi..sgt rajin & sentiasa fokus utk mencapai kejayaan di masa hadapan,jika dia mahu..seorang yg realistik,tegas,sgt munasabah & x suka berangan2..perlukan kepelbagaian & sentiasa teruja dlm melakukan sesuatu.

~Kelemahan~
x suka disekat dlm membuat sesuatu..selalunya cerewet dlm isu2 kecil..kdgkala beliau mmg degil dlm melakukan sesuatu..mereka jg jarang relaks..jga,krg teliti dlm melakukan sesuatu perkara.

Perkara yg patut ubah:
1. Lebih relaks, x cerewet dlm isu2 kecil.
2. Melihat sesuatu dgn teliti.

Kod asas: 6

~Kekuatan~
seseorg yg x suka kpd kemalasan/membuat sesuatu secara lewa..nombor '6' mengawal harta benda & kekayaan & mewakili kesenangan..sgt bersopan ttp mempunyai citarasa yg tggi dlm kehidupan..mmntgkan keadilan..biasanya, mereka berjaya dlm karier spt pendidikan kerja seni & keagamaan..individu ini akan menjadi popular dlm masyarakat..beliau jg selalu mengambil berat ttg org2 bawahan..suka membantu & menjga mereka..sentiasa jd pihak pendamai.

~Kelemahan~
seorg yg suka berbangga & x akan mengambil kerja mudah..x mendengar ckp @ kata2 org lain selain org atasan..suka mengarah..melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri.

Perkara yg harus dipelajari:
1. Belajar apakah yg blh diubah & apa yg x blh diubah.
2. Buat sesuatu tanpa memikirkan kpntingan diri.
3. Kurangkan sifat degil & memerlukan ketepatan.

Kod asas: 7

~Kekuatan~
sgt berkemahiran & sgt teliti apabila menguruskan sesuatu perkara..individu ini x akan lupa pd sesiapp yg prnah menolongnya..tersgt menghargai kesyukuran & berterima kasih..individu ini penuh dgn ghairah & cinta..seorg pemikir & sukakan kedamaian & ketenangan..berkebolehan dlm memutarbelit kata-katanya..menarik perhatian ramai org..suka mengejar kemasyhuran & tuah.

~Kelemahan~
suka berlawan cakap..mempunyai pemikiran yg suka berubah2..mdh menukar keputusan..bkan seorg yg tegas..sgt suka "berahsia" yg x membantu imej anda secara luaran..org menganggap anda adalah seorg x mempunyai perasaan (cold) & ini menyebabkan anda x mudah utk menjalinkan perhubungan/persahabatan..anda blh bertindak kejam jika berada dlm mood yg salah.

Perkara yg harus dipelajari:
1. Belajar utk menerima kenyataan dunia sebenar.
2. Jgn hidup dlm dunia sendiri, bercampur dgn dunia luar.

Kod asas: 8

~Kekuatan~
seorang yg aktif dikalangan rakan2nya,menjadikan seorg yg terkenal..sgt pendiam,konservatif & pasif..b'tjwb & sgt bermoral..seorg yg blh dipercayai..biasanya adlh penyelesai masalah..x suka mempermainkan org lain.

~Kelemahan~
kdg2 kabur dlm apa dilakukannya..individu ini perlu pintar..dari segi luaran nmpak kuat ttp sbnrnye seorg yg berhati lembut..sgt berhati2 & percaya kpd perspektif diri yg kuat & ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang..juga,anda sentiasa tercari2 & apa yg anda cari sbnarnya..jd,perlahan2 utk x membuang masa melayan perkara2 yg x bermanfaat/x befaedah.

Perkara yg harus diperbaiki:
1. Belajar membuat kputusan berdasarkan keperluan sndiri drp mengikut
keperluan org lain.
2. Jgn buang masa melayan perkara2 yg x berfaedah.

Kod asas: 9

~Kekuatan~
sgt optimistik & berfikiran terbuka..suka nmpak cantik..sgt beradab..pintar,peka & sensitif..individu ini tahu bila & bgaimana utk menyerang & mempertahankan diri..bagus dlm memenangi hati org..berkebolehan utk menghibur org lain..sbg "penghibur",mereka mempunyai daya tarikan & tudakmempunyai masalah utk berkawan dgn sesiapa shj..melakukan kerja dgn cepat & berkebolehan dlm kerjanya ttp bkan dgn terperinci/khusus..blh berubah & menyesuaikan diri mengikut persekitaran.

~Kelemahan~
individu ini x mengambil berat org bawahan..seorg yg emosional..jika x berhati2,di kemudian hari individu ini x mempunyai ramai kawan & akan kesepian..memiliki personaliti yg plbagai sehingga sukar irg sekeliling utk memahami mereka..blh berubah menjadi seorg yg sgt bersemangat.teruja/menjadi seorg yg depresi/muram..mdh berputus asa apabila bertemu halangan dlm melaksanakan sesuatu.

Perkara yg harus diperbaiki:
1. Belajar utk x bergantung pd nasib semata2.
2. Jgn mudah berputus asa bila berdepan dgn halangan.
3. Kurangkan sifat emosional.