Wednesday, May 19, 2010

Doa seorang kekasih....

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dgn hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..


Ya Allah..
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani..
Seringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yg sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh daripada ingatanku..
& Peliharalah aku dari kekecewaan..


Ya Allah..
Ya Tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
menolak bayangannya jauh ke dada langit..
hilang bersama senja yang merah..
agarku sentiasa tenang..
walaupun tanpa bersama dengannnya..



Ya Allah..
pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu..
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..
segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..


Ya Allah..
cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
di dunia dan akhirat..
dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini..
jangan Engaku biarkan aku sendirian..
di dunia ini mahupun di akhirat..
menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran..
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
agar aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup..
ke jalan yang Engkau redhai..
dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh & solehah..


Ya Allah..
berikanlah kami kebahagiaan di dunia & akhirat..
dan peliharalah kami dari azab api neraka..
Amin..Amin..Ya rabbal 'aalamin..

No comments:

Post a Comment