Friday, June 11, 2010

Cinta dalam Persahabatan

Apabila berbicara tentang cinta, ramai memberikan skop kecil mengenainya. Sudah tentu terlintas di hati masing2 mengenai hubungan antara lelaki dan perempuan. Tetapi, tidakkah terlintas di hati kamu bahawa dalam persahabatan juga wujudnya cinta yg menjadikan hubungan tersebut berkekalan hingga ke akhirnya. Sahabat dan kawan mempunyai maksud lebih mencintai sahabatnya. Manakala kawan pula sekadar rakan ketika bersantai dan sebagainya. Mari baca apakah makna cinta dalam prsahabatan yang sebenarnya.

1. CINTA menyebabkan seseorang sentiasa bersyukur ke hadrat Ilahi dengan menghargai sahabatnya dan menjaga hubungan persahabatan itu sebaik-baiknya kerana Allah telah menganugerahkan kepada kamu seorang insan yang begitu berharga dalam hidup kamu.

2. CINTA yang tulus dalam persahabatan tidak akan mati. Menerima sahabat seadanya memerlukan perasaan yang jitu kerana kamu perlu belajar menepikan perasaan dan kepentingan diri sendiri utk menerima keburukan seseorang. Setiap manusia tidaklah sempurna. Oleh itu, seburuk mana pun sahabat kamu, terimalah mereka seadanya. Itulah yang akan kekal selamanya.

3. CINTA tidak meminta apa-apa walau ucapan terima kasih sekalipun. Oleh sebab rasa cinta, tidak mustahil rakan kamu sanggup menjaga kamu dari dikasari, atau dicederakan oleh sesiapa sahaja walaupun mereka mengalami kecederaan asalkan kamu selamat.

4. Seorang sahabat yang sejati sanggup berkorban untuk sahabatnya yg lain kerana cinta yg mendalam dlm hubungan persahabatan tersebut. Berkorban dari segi tenaga, masa dan wang ringgit tidak menjadi masalah bagi seseorang yang bernama sahabat sejati.

5. CINTA dlm persahabatan juga boleh menjadi pemangkin untuk sahabatnya menjadi seorang yg lebih berjaya. Ini disebabkan sahabat boleh menjadi pemacu semangat yg tinggi, apatah lagi jika kamu berdua mempunyai cita2 yang sama.

Cinta telah menjadi penyebab Islamnya seorang teman. Seperti kisah sahabat Rasuluallah s.a.w, Khalifah Umar Al-Khattab di mana beliau sanggup memberikan bantuan pada saudara bukan Islam, 'iyash ketika dalam kesusahan. Setiap hari beliau mengutuskan surat yang mengandungi ayat suci Al-Qur'an kepada 'iyash sehingga beliau terharu lalu memeluk Islam.

No comments:

Post a Comment