Wednesday, April 21, 2010

Terima kasih Cikgu

Terima kasih cikgu!
Terima kasih cikgu!
Mendidik dan mengasuhku,
menunjuk dan mengajarku,
agar aku lebih tabah,
menghadapi kehidupan yang mendatang,

Cikgu,
yang penuh dengan onak dan duri. Cikgu,
ungkapan yang begitu indah,
kanku patri kemas di hati,
walau sering disebut dan didengari,
namun bibirku tidak jemu memanggilmu,
"cikgu...cikgu", adakah hanya itu?
Ya, hanya itu panggilan untukmu

Cikgu,
engkau begitu tabah,
menghadapi dugaan hidup,
melayan setiap karenah anak muridmu,
walau kau dalam keletihan,
tanggungjawab sebagai seorang guru,
tidak pernah kau abaikan,
kerana itulah mengajarku erti ketabahan.

Cikgu,
kupasti jasamu setinggi langit,
walau segunung indah permata,
tiada dapatku balasnya,
"Terima Kasih Cikgu"
hanya itu mampu kuucapkan,
berkat dan restu doa darimu,
mengiringi kejayaanku.

No comments:

Post a Comment